Pages

Sunday, 15 March 2015

ABAH DAN MAK

assalamu'alaikum semua


harini nak emo sikit. cerita pasal abah aku. aku syg abah aku spt orang lain menyayangi abah mereka. tetapi kehidupan dan cerita kita tidaklah sama. aku ingat lagi ketika aku kecik2 dulu, kami adik beradik sgt seronok kalau abh balik. maklumlah abah aku kerja navy dan jarang balik. bila abah balik, dia akn bw kami shopping mcm2 jenis makanan dan coklat. time tu la rs mcm wah bestnye abah ni..

bila ada waktu terluang kami pegi makan abc, laksa n rojak buah di lumut, time tu lumut ada mcm2 benda menarik utk kanak2 mcm aku. playground dia besar, siap ada jambatan titi gantung n sarang labah2 boleh panjat2.. seronoknya waktu tu zaman kanak2. time tu abah n mak masih bahagia. tiada orang ketiga.

sampai la aku naik darjah 6, abah mula jarang balik, jarang kirim duit dekat mak, yelah, kerja navy ni x menentu, kejap kena posting pahang, kejap sabah, kejap sana-sini.. sejak dari tu mak sangka abah ada perempuan lain. mungkin ya mungkin tidak, Aku sedih bila mak sedih, hari2 mak menangis mengenangkan nasibnya sebagai isteri yg ditinggalkan. tp mak aku sabar , mulut berleter jgk hari2 tp dr aku darjah 6 sampai umur aku 18 tahun baru mak aku bercerai dengan abah.

dan kini, abah sudah mendirikan rumah tnagga yg baru dgn wanita lain yg ku panggil ibu, dan mak pun sudah menemui pasangan hidupnya walaupun dgn suami org.(bini nombor 2)

Kadangkala aku tidak setuju bila perempuan ni sanggup menjadi bini nombor 2, sedangkan suaminya bukanlah mampu sangat. bukan nk ckp tp contoh depan mata. aku takut perkara yg sama berulang lagi, tp mak aku tetap dengan pendiriannya, walaupun jarang2 berjumpa dgn suami barunya, namun xpernah pula kulihat dia merungut, mungkin sedar dan mengalah.

abahku kini setelah berhenti dari perkhidmatan navy, kerjanya tolong isteri meniaga pagi2 di kwsn kediaman mereka di Cheras.  dah beberapa tahun jg aku xpergi tgk abah. bagaimanalah keadaan abh, kdgkala rindu jg hati nk lihat perkembangan abah. walau apa pun yg telah terjadi kepada kami sekeluarga, aku tidak pernah bermusuh dgn abah. kerana dulu abah yg tlh memberikan kasih syg, walaupun seketika tp aku tahu, ayah mana yg xsygkan ank-anaknya.

Kepada mak, yan harap mak tabah walau apa pun cabaran yg mak alami, yan tahu mak byk menderita, biarlah mak rs kehidupan yg bahagia walau sekejap, yan berharap kalau umur yan panjang n murah rezeki , yan nk bahagiakan mak. bawa mak pegi umrah/haji. insyaAllah.


Thursday, 20 March 2014

26 tahun

Assalamualaikum wbt.

alhamdulillah.. aku rs masa berlalu sgt pantas.. aku dah 26 tahun. pengalaman sebagai seorang '26 tahun' amatlah sibuk.. krn berkerjaya.. alhamdulillah.. xkurang pd harini ramai yg mengganggur krn tiada kerja.. aku masih lg diberi rezeki walaupun hanya mkn gaji. Menjadi 26 tahun adalah rumit krn perlu berfikir ttg byk perkara. Ketika ini byk memikirkan ttg family, kewangan, dan kerjaya.. xlupa juga perkembangan diri sendiri dr segi ibadah dan akhlak.. adakah makin elok ataupun makin teruk..

Peristiwa MH 370 yg menggemparkan dunia hari ini amat memberi pengajaran bhw kita tidak terlepas drpd perancangan Allah yg Maha Kuasa. Aku sedar pd masa ini aku masih lagi menjadi seorang anak, seorang isteri, seorang ibu dan seorang pendidik.. bygkan betapa byknya tgungjwb yg perlu dipikul. Aku berdoa supaya segala urusan akan dpermudahkan.. insyaAllah. :)

Wednesday, 22 January 2014

Rindu Zaman Study

assalamualaikum

harini suka la nk cerita pasal kehidupan degree dlu. actually dlu dapat sambung belajar di UTM Skudai dlm bidang Chem. Eng in Gas division tp telah tertulis suratanku dpt peluang ke University of Birmingham, course Matematik. subjek feveret zmn sekolah n matrik dlu.

University of Birmingham ,UK

Teringat time nk di interview tu naik bas dr johor ke putrajaya ditemani oleh abah tercinta. abah byk tlg utk proses dokumen n macam2 lagi. rindu kt abah sebenarnya. tp sayang abah dah xduduk dgn mak. kadang2 kite kne ketepikan sgl maslah peribadi demi sebuah cita2. tak semestinya dtg dr broken family kita xleh berjaya ke menara gading yg diidamkan. Alhamdulillah berkat pertolongan Allah dan keluarga terdekat pengalaman itu sgt berharga.

Interview di putrajaya berbekalkan ilmu didada. sumpah tak sempat nk baca papepun.. dlm kepala ingat xpela kita try dlu, berjaya ke tak belakang cerita. disebabklan biasiswa ni perjanjian utk mengajar di matrikulasi aselepas tamat belajar, so kami kena demo ala-ala lecturer kt matrikulasi utk ajar subjek yg kita dpt utk lanjutkan pelajaran. time tu sgt neves sbb xready. formula apa sume xde dlm kepala sbb dh tglkan matriks n xsempat nk revise. try jela ape yg patut... huhu. alhamdulillah a week after that dpt result interview dan Alhamdulillah berjaya ditawarkan ke UOB tu.

 All of sudden. tau2 je dah nk fly ke UK. kami yang dpt satu university 5 org dr matriks dan sorg dr PPC. matematik 2 org , aku and budak ppc tu namanya azam. dia budak A-level. so sgtla jauh thp belaja compare dgn matrik ni. kami punye flight mlm pukul 9lbh mcm tu naik di KLIA. kebetulan ketika tu bulan puasa, my abah ajak berbuka dirumah mak sedara.. so org plg lambat yg smpai kt sana ialah aku... malunye kene tegur ngn cik Ratina ketika tu.. hehe. n guess what, aku terlupa X-Ray yg aku perlu pegang tlh di check in bersama luggage... huhuhu.. nangis. aku nekad jd apa pun kt sana (Heathrow) nnti kena tabah.

Sesampainya di Heathrow, London aku yg sbg student lupa X-ray dlm baggage check in kena di Xray sekali lagi. tgu punya tgu dlm sejam camtu br dpt jumpa kawan2 balik.nasib baik xkena apa2. huhu. lgpun kami pergi dlm group so ok la xdela cemas sgt sbb ada kawan2. then, kami kena pg ke Birmingham sendiri, so kami decide to take bus from there. perjalanan jauh la jugak , around 3 hours. semua pun neves +excited .. yela xpenah smpai. ditambah keadaan yg sejuk tu.. huhu. kejap2 kami minta tlg kwn dr ppc tu tnya pakcik bus dh smpai ke belum.. punya la takut terlepas.. padahal pakcik bus kt sana bukan mcm kt malaysia. every city yg dia singgah dia akan ckp la dh smpai mana. kedatangan kami disambut oleh beberapa org senior under KPM jugak.. yg masih ku ingat fairy, k. ummi atiah, k. zaini.. sekali kot.. utk tiba di hall yg tlh kami booking utk duduk. namanya douper hall. 5 org dr kami duduk situ kecuali azam duduk kt hall lain. kami disambut oleh penjaga hall tu. namanya david, sgt la peramah n baikhati. sewa hall tu mhl, sebulan 390 pound, kena byr deposit utk beberapa bulan.. tp ada satu lgi peristiwa yg terjadi.. 

TO BE CONTINUE..

Monday, 20 January 2014

Cameron Highland Vacation

 salam.. ni pergi dh lama masa anakku umur 3 bulan ke brp bln xleh meniarap ape lg.. means last year tp br update. seronok imbas blk kenangan time pg cameron..bw family mak n adik2 merasa berjalan jauh sikit. sekarang busy amat.. nk pegi mana pun xsempat..

sebelum pergi my hubby dh booking apartment . xingat la kat mana tempat tu. yang bestnye apartment tu kipas ke aircond mmg xde,guna aircond semulajadi.. sejuk amat. lantai pulak tiles, mmg berjengket klu pijak sejukkkk. tingat kt UK dlu klu rumah tu xde carpet mmg gigih la nk bejalan dgn kaki ayam.. lantai kayu bleh thn lg tp klu tile .. seramm. haha. actually ni first time pegi lepas sekian lama last pegi waktu darjah 6 itupun dgn member baik, kila n family.tido semalam je, sbb pegi hujung minggu.


Tempat2 yang kami sempat lawati ialah ladang strawberri, taman rama2, n sempat la beli belah kt tepi2 jalan area yg byk2 kedai tu. ingt nk pegi ldg teh tp sbb kot nti kne jln byk so dgn bawa baby xpyh la pegi.


me n my 2nd son, uwais

adik ke-5 and bongsu


anakku adib main dgn rerama..

Cameron Highland ni bestnye sebab tempat kt sana nyaman n damai. klu pegi utk relaks2 seronok la, release tension. ingat nanti nk pergi lagi walaupun hubby kata xde pe yg menarik.. xberjiwa romantik sungguh. huhu.

Sunday, 19 January 2014

UPS

salam
UPS or we called it Ujian Pertengahan Semester.. will begin next week. i dont know what to expect from my student because i dont see it clearly as busy-ing doing my job.. giving lectures for this sem makes me tired and sick and also dont have time to think about other things except to prepare the lectures.. Ya Allah. but i'll try my best to give as much as i can to my dearly student as the revision starting this week..
Frustrated news is we didnt get BISP allowance anymore starting  from dis month. so after this we can speak in malay as much as we can.. :) in the bad side.. i cant improve my english anymore.. :( . plz government dont make any decision that risk our nation. poorly the students took part in this situation. its hard to accept that we will faced new environment.. hopefully its a good decision as we are Yang Menurut Perintah..
ok Gud luck to both students and lecturers.
#lets survive with litle bit of decrement payment for this month.

Sunday, 20 October 2013

PSPM 1 now begin..

Assalamualaikum
seperti kehidupan seorang pensyarah matrikulasi, now kerja hampir ke penghujung penggal 1. perasaan, seperti seorang pendidik yg lain yg amat mengharapakan semua hasil titik peluh berbaloi dgn apa yg diberikan.kita merancang, Tuhan menentukan. tapi minggu ni mereka dah start MUET, jadi xberapa ramai yg nk dtg tanya di Unit.makanya, marilah kita belek ape yg perlu. haha.

Thursday, 19 September 2013

HARI JUMAAT

SALAM
harini ade dua kelas je.. br masuk satu pukul 9 td. bagi kuiz.. haih.. yg menggeramkan jiwa dan raga ni bila budak xbuat elok2.. sampai nk buat partial fraction pun xtaw.. ni bab POLYNOMIAL eh,. rasa mcm loser, failure.. gagal didik n ajar ank murid utk suka maths. knp knp knp?? byk kali pesan kt mereka2 yg esp. lemah dlm basic add maths.. pls come meet me personally to learn tp still mereka ni mls xmau tolong diri sendiri.. knp la dpt ank murid yg mcm ni.. ke aku yg slh sbb lupa nk suruh mereka ni selalu berdoa agar dibukakan hati dan mudah faham apa yg cikgu ajar.. memamng kita faham ada pelajar matriks yg dtg cini add maths dpt 7 8 tu D n E gred.. tp bukan la mereka ni gagal dlm hidup.. kne usaha lebih. bila xusaha xdpt la..
moga mereka diberi petunjuk oleh Allah utk menuntut ilmu dgn lebih gigih lagi.aminnn,