Pages

Sunday 22 March 2015

Anak-Anak

asslamu'alaikum


hi.. welcome back to school.. haha.. since arinifirst day sekolah lepas dh cuti seminggu.. pegi mane.. tak pegi mane pun since kami ni bukan cikgu sekolah.. so xda la cuti :((

anyway, korang cuti ke..? nk cuti panjang kena tgu cuti bersalin..hehehe.
haritu cuti sekolah abang nak pegi umah maktok dia.. so adik ipar yg now kerja di Perlis tlg ambilkan dan bw ke sana./ maklumlah.. mak nye bz. bkn xleh htr, tp kerja balik pun dh pkl 5 lbh tetiap hari.. bdn penat lgkan nk buat benda lain..

harini nk cerita pasal anak2.

ABANG

abang ni ank sulung. namanya muhammad Adib. nama ni kebetulan time bersalin mak mertua bubuhkan sbb adik ipar last tu namanya Adam. so sng nk panggil.
abang yang berbaju biru

Abang ni hatinya lembut, kalau tgk org susah minta derma kt pasar malam, or nampak tabung derma , dia akan minta duit utk derma, kadang2 kalau dia ade duit lebih, dia akan guna duit dia. Pernah dulu time kt C-mart, dia nmpak ada tabung Palestin, dia p kt tabung tu pastu buh duit yg dia ada, walaupun dia cuma ada RM1. abang ni ank yg berdikari, sng mama nti, mama ajar dia sekali je baca jadual, dia dh reti bc jadual sendiri dan bubuh buku ikut jadual. now abang darjah 1, kapur kasut sekolah pun sendiri. (Tp kna disuruh dulu la, kalau x, x ingat) hobi dia suka tgk kartun, xsihat sbnrnya, tp tula, itu jela hiburan yg ada. mak dia bukan jenis suka keluar rumah. kalau suka boleh jgk ajak dia main badminton ka, bola.. nti la.. lps ni mama akn betul2 buat aktiviti yg bermanfaat utk kta sekeluarga.insyaAllah. 


UWAIS

Uwais anak kedua. baru berumur 2 tahun 9 bulan. dia ni manja.. maklumlah ank yg kecik. kalau tido awl, ke lambat still akn bangun awl. selalunya pkl 6-6.30 dh terjaga. bkn apa.. minta susu. lps tu tabiat dia, klu nk tdo kna pgg muka mama. pgg hidung, mulut, leher.. pastu br boleh tdo. sbb tu pg2 klu terjaga mama xda kt sblh dia akn cr mama n ajak tdoq lg. mama nk iron baju pun payah. abangnya dulu tabiat sblm tdo buh kaki bwh bdn org, selalu jd mangsa dia mama la sbb mama tdoq ngn dia. 

Sunday 15 March 2015

ABAH DAN MAK

assalamu'alaikum semua


harini nak emo sikit. cerita pasal abah aku. aku syg abah aku spt orang lain menyayangi abah mereka. tetapi kehidupan dan cerita kita tidaklah sama. aku ingat lagi ketika aku kecik2 dulu, kami adik beradik sgt seronok kalau abh balik. maklumlah abah aku kerja navy dan jarang balik. bila abah balik, dia akn bw kami shopping mcm2 jenis makanan dan coklat. time tu la rs mcm wah bestnye abah ni..

bila ada waktu terluang kami pegi makan abc, laksa n rojak buah di lumut, time tu lumut ada mcm2 benda menarik utk kanak2 mcm aku. playground dia besar, siap ada jambatan titi gantung n sarang labah2 boleh panjat2.. seronoknya waktu tu zaman kanak2. time tu abah n mak masih bahagia. tiada orang ketiga.

sampai la aku naik darjah 6, abah mula jarang balik, jarang kirim duit dekat mak, yelah, kerja navy ni x menentu, kejap kena posting pahang, kejap sabah, kejap sana-sini.. sejak dari tu mak sangka abah ada perempuan lain. mungkin ya mungkin tidak, Aku sedih bila mak sedih, hari2 mak menangis mengenangkan nasibnya sebagai isteri yg ditinggalkan. tp mak aku sabar , mulut berleter jgk hari2 tp dr aku darjah 6 sampai umur aku 18 tahun baru mak aku bercerai dengan abah.

dan kini, abah sudah mendirikan rumah tnagga yg baru dgn wanita lain yg ku panggil ibu, dan mak pun sudah menemui pasangan hidupnya walaupun dgn suami org.(bini nombor 2)

Kadangkala aku tidak setuju bila perempuan ni sanggup menjadi bini nombor 2, sedangkan suaminya bukanlah mampu sangat. bukan nk ckp tp contoh depan mata. aku takut perkara yg sama berulang lagi, tp mak aku tetap dengan pendiriannya, walaupun jarang2 berjumpa dgn suami barunya, namun xpernah pula kulihat dia merungut, mungkin sedar dan mengalah.

abahku kini setelah berhenti dari perkhidmatan navy, kerjanya tolong isteri meniaga pagi2 di kwsn kediaman mereka di Cheras.  dah beberapa tahun jg aku xpergi tgk abah. bagaimanalah keadaan abh, kdgkala rindu jg hati nk lihat perkembangan abah. walau apa pun yg telah terjadi kepada kami sekeluarga, aku tidak pernah bermusuh dgn abah. kerana dulu abah yg tlh memberikan kasih syg, walaupun seketika tp aku tahu, ayah mana yg xsygkan ank-anaknya.

Kepada mak, yan harap mak tabah walau apa pun cabaran yg mak alami, yan tahu mak byk menderita, biarlah mak rs kehidupan yg bahagia walau sekejap, yan berharap kalau umur yan panjang n murah rezeki , yan nk bahagiakan mak. bawa mak pegi umrah/haji. insyaAllah.