harini nak emo sikit. cerita pasal abah aku. aku syg abah aku spt orang lain menyayangi abah mereka. tetapi kehidupan dan cerita kita tidaklah sama. aku ingat lagi ketika aku kecik2 dulu, kami adik beradik sgt seronok kalau abh balik. maklumlah abah aku kerja navy dan jarang balik. bila abah balik, dia akn bw kami shopping mcm2 jenis makanan dan coklat. time tu la rs mcm wah bestnye abah ni..
bila ada waktu terluang kami pegi makan abc, laksa n rojak buah di lumut, time tu lumut ada mcm2 benda menarik utk kanak2 mcm aku. playground dia besar, siap ada jambatan titi gantung n sarang labah2 boleh panjat2.. seronoknya waktu tu zaman kanak2. time tu abah n mak masih bahagia. tiada orang ketiga.
sampai la aku naik darjah 6, abah mula jarang balik, jarang kirim duit dekat mak, yelah, kerja navy ni x menentu, kejap kena posting pahang, kejap sabah, kejap sana-sini.. sejak dari tu mak sangka abah ada perempuan lain. mungkin ya mungkin tidak, Aku sedih bila mak sedih, hari2 mak menangis mengenangkan nasibnya sebagai isteri yg ditinggalkan. tp mak aku sabar , mulut berleter jgk hari2 tp dr aku darjah 6 sampai umur aku 18 tahun baru mak aku bercerai dengan abah.
dan kini, abah sudah mendirikan rumah tnagga yg baru dgn wanita lain yg ku panggil ibu, dan mak pun sudah menemui pasangan hidupnya walaupun dgn suami org.(bini nombor 2)
Kadangkala aku tidak setuju bila perempuan ni sanggup menjadi bini nombor 2, sedangkan suaminya bukanlah mampu sangat. bukan nk ckp tp contoh depan mata. aku takut perkara yg sama berulang lagi, tp mak aku tetap dengan pendiriannya, walaupun jarang2 berjumpa dgn suami barunya, namun xpernah pula kulihat dia merungut, mungkin sedar dan mengalah.
abahku kini setelah berhenti dari perkhidmatan navy, kerjanya tolong isteri meniaga pagi2 di kwsn kediaman mereka di Cheras. dah beberapa tahun jg aku xpergi tgk abah. bagaimanalah keadaan abh, kdgkala rindu jg hati nk lihat perkembangan abah. walau apa pun yg telah terjadi kepada kami sekeluarga, aku tidak pernah bermusuh dgn abah. kerana dulu abah yg tlh memberikan kasih syg, walaupun seketika tp aku tahu, ayah mana yg xsygkan ank-anaknya.
Kepada mak, yan harap mak tabah walau apa pun cabaran yg mak alami, yan tahu mak byk menderita, biarlah mak rs kehidupan yg bahagia walau sekejap, yan berharap kalau umur yan panjang n murah rezeki , yan nk bahagiakan mak. bawa mak pegi umrah/haji. insyaAllah.
No comments:
Post a Comment