Pages

Tuesday, 14 April 2015

Trip to Hat Yai ...sawadikapppp :)

assalamualaikum wbt



Haritu pegi Hadyai.. actually kali ke 3 dah. apa yg best kat cni, makanannya sedap.. lain dr malaysia.. tp make sure kne beli kt muslim je taw.. sbb bkn semua org thai tu Islam. selalunya kalau halal dia ada signboard.. or penjual tu pakai tudung tu insyaAllah diyakini halal.


Hadyai bandar yg agak besar dan sibuk di selatan Thai. kebanyakan rakyat Malaysia ke sana sbb nk shopping. especially kt Kim Yong Market


Macam2 ada jual kt cni, jeans, baju, handbag, barang makanan, etc.. murah? nthla sbb sy bukan kaki shopping.. hehe.. untung suami saya. 

kami tido kt Golden Crown Hotel, hadyai.
 ok la hotel dia bersih dan selesa.. ada bathtub buat lepas gian ank2 mandi. sakan depa main air dlm bathtub tu sampai kecut2 jari..  harga semalam 950 bath.. around RM100 duit malaysia. yang bestnya hotel ni sebelah je ada restoran muslim, halal. suami belikan mkn malam 2 nasi goreng + air 2 dalam 160 bath je. sedap plak tu, seafood dia fresh2 n besar2 sotong n udang dia. xda gmbr sbb terus ngap. haha. 

Kami bergerak masuk melalui Bukit Kayu Hitam pagi pkl 11 macam tu. sbb bw ank2 so kena pergi sorang2 sbb husband jg ank2 kt dlm kereta. bila dh pergi check in masuk sempadan dannok tu, alahai.. sbb lama xpergi, dorg ada buat sistem baru lani kena isi form  mcm kad kita isi dlm flight b4 landing tu. mna la nk taw, sblm ni xda benda tu. siap kna isi utk pergi n balik kna bg blk.. korang kalau ckp english pun dorg balas bhs siam, haha. kalau korang malas nk serabut ada perkhidmatan org isikan form tu tp kna byr RM1 . hee.. pandai x dorang cr makan. 

kastam Thailand ni onar sikit, korang sua passport / border pass tu jgn hulur kosong.. kna spare RM1 dlm tu.. buat rasuah. haha. kalau xbagi dia minta.ikut korang la nk bg brp. yg ptg ada duit dlm tu. so makesure ada duit sblm masuk tu k. 


perjalanan dr Dannok ke Hat yai dlm 40 minit. kami gamble beli simkad siam pastu guna internet sana utk buka gps maps. haha. habislah dlm RM30 utk beli sim n topup. tapi bila nk masuk setting internet sana dia ada setting khas, kna cll customer servis utk htr manually via sms., bagus betul. haha. 

petang tu kami pergi floating market or bahasa siamnya Klong Hae Market.


kat sini rasanya kebanyakannya yg jual makanan ni org Pattani muslim sbb pakai tudung dan pandai ckp dialek Kelantan. cubalah pergi makan kt sana.. ada bihun tomyam,bihun,mee, ketiaw sup,  seafood bakar, jagung, aiskrim santan.. air dijual dlm bekas tembikar yg unik berbagai bentuk.


selalu anak2 yg berebut nak bekas bentuk kura2 la, ultraman la. org thai ni kreatif. air ni 20 bath.. or boleh dianggap RM2. 


Kat Hat Yai ni, kena singgah kat Municparl Park. kt situ macam I City kalau waktu malam ada hiasan lampu2 .. cantik. dlu2 pergi dgn mak mertua,ada tasik boleh bg mkn ikan n foot massage. ada bas yg boleh bw jalan merata tp time kami p tu dkt malam dh so bas tu dh x gerak. 






 Melayan anak2 yang nak bergambar


Dalam park ni pun ada Ice Dome,.macam tempat berais/ salji .. nak masuk dlm 390bath sorang dewasa, budak murah lagi..then dlm ni boleh naik bukit belakang park tu ada tempat nak naik kabel car.. tp biasa yg pegi naik atas tu sbb ada patung budha yg besar2..so kali ni bergambar jela sbb dlu waktu p 2nd time dh masuk so xmau masuk kali ni sbb dah rasa.sbb esoknya tu kita ke Songkhla Zoo. Weeee....




Sunday, 22 March 2015

Anak-Anak

asslamu'alaikum


hi.. welcome back to school.. haha.. since arinifirst day sekolah lepas dh cuti seminggu.. pegi mane.. tak pegi mane pun since kami ni bukan cikgu sekolah.. so xda la cuti :((

anyway, korang cuti ke..? nk cuti panjang kena tgu cuti bersalin..hehehe.
haritu cuti sekolah abang nak pegi umah maktok dia.. so adik ipar yg now kerja di Perlis tlg ambilkan dan bw ke sana./ maklumlah.. mak nye bz. bkn xleh htr, tp kerja balik pun dh pkl 5 lbh tetiap hari.. bdn penat lgkan nk buat benda lain..

harini nk cerita pasal anak2.

ABANG

abang ni ank sulung. namanya muhammad Adib. nama ni kebetulan time bersalin mak mertua bubuhkan sbb adik ipar last tu namanya Adam. so sng nk panggil.
abang yang berbaju biru

Abang ni hatinya lembut, kalau tgk org susah minta derma kt pasar malam, or nampak tabung derma , dia akan minta duit utk derma, kadang2 kalau dia ade duit lebih, dia akan guna duit dia. Pernah dulu time kt C-mart, dia nmpak ada tabung Palestin, dia p kt tabung tu pastu buh duit yg dia ada, walaupun dia cuma ada RM1. abang ni ank yg berdikari, sng mama nti, mama ajar dia sekali je baca jadual, dia dh reti bc jadual sendiri dan bubuh buku ikut jadual. now abang darjah 1, kapur kasut sekolah pun sendiri. (Tp kna disuruh dulu la, kalau x, x ingat) hobi dia suka tgk kartun, xsihat sbnrnya, tp tula, itu jela hiburan yg ada. mak dia bukan jenis suka keluar rumah. kalau suka boleh jgk ajak dia main badminton ka, bola.. nti la.. lps ni mama akn betul2 buat aktiviti yg bermanfaat utk kta sekeluarga.insyaAllah. 


UWAIS

Uwais anak kedua. baru berumur 2 tahun 9 bulan. dia ni manja.. maklumlah ank yg kecik. kalau tido awl, ke lambat still akn bangun awl. selalunya pkl 6-6.30 dh terjaga. bkn apa.. minta susu. lps tu tabiat dia, klu nk tdo kna pgg muka mama. pgg hidung, mulut, leher.. pastu br boleh tdo. sbb tu pg2 klu terjaga mama xda kt sblh dia akn cr mama n ajak tdoq lg. mama nk iron baju pun payah. abangnya dulu tabiat sblm tdo buh kaki bwh bdn org, selalu jd mangsa dia mama la sbb mama tdoq ngn dia. 

Sunday, 15 March 2015

ABAH DAN MAK

assalamu'alaikum semua


harini nak emo sikit. cerita pasal abah aku. aku syg abah aku spt orang lain menyayangi abah mereka. tetapi kehidupan dan cerita kita tidaklah sama. aku ingat lagi ketika aku kecik2 dulu, kami adik beradik sgt seronok kalau abh balik. maklumlah abah aku kerja navy dan jarang balik. bila abah balik, dia akn bw kami shopping mcm2 jenis makanan dan coklat. time tu la rs mcm wah bestnye abah ni..

bila ada waktu terluang kami pegi makan abc, laksa n rojak buah di lumut, time tu lumut ada mcm2 benda menarik utk kanak2 mcm aku. playground dia besar, siap ada jambatan titi gantung n sarang labah2 boleh panjat2.. seronoknya waktu tu zaman kanak2. time tu abah n mak masih bahagia. tiada orang ketiga.

sampai la aku naik darjah 6, abah mula jarang balik, jarang kirim duit dekat mak, yelah, kerja navy ni x menentu, kejap kena posting pahang, kejap sabah, kejap sana-sini.. sejak dari tu mak sangka abah ada perempuan lain. mungkin ya mungkin tidak, Aku sedih bila mak sedih, hari2 mak menangis mengenangkan nasibnya sebagai isteri yg ditinggalkan. tp mak aku sabar , mulut berleter jgk hari2 tp dr aku darjah 6 sampai umur aku 18 tahun baru mak aku bercerai dengan abah.

dan kini, abah sudah mendirikan rumah tnagga yg baru dgn wanita lain yg ku panggil ibu, dan mak pun sudah menemui pasangan hidupnya walaupun dgn suami org.(bini nombor 2)

Kadangkala aku tidak setuju bila perempuan ni sanggup menjadi bini nombor 2, sedangkan suaminya bukanlah mampu sangat. bukan nk ckp tp contoh depan mata. aku takut perkara yg sama berulang lagi, tp mak aku tetap dengan pendiriannya, walaupun jarang2 berjumpa dgn suami barunya, namun xpernah pula kulihat dia merungut, mungkin sedar dan mengalah.

abahku kini setelah berhenti dari perkhidmatan navy, kerjanya tolong isteri meniaga pagi2 di kwsn kediaman mereka di Cheras.  dah beberapa tahun jg aku xpergi tgk abah. bagaimanalah keadaan abh, kdgkala rindu jg hati nk lihat perkembangan abah. walau apa pun yg telah terjadi kepada kami sekeluarga, aku tidak pernah bermusuh dgn abah. kerana dulu abah yg tlh memberikan kasih syg, walaupun seketika tp aku tahu, ayah mana yg xsygkan ank-anaknya.

Kepada mak, yan harap mak tabah walau apa pun cabaran yg mak alami, yan tahu mak byk menderita, biarlah mak rs kehidupan yg bahagia walau sekejap, yan berharap kalau umur yan panjang n murah rezeki , yan nk bahagiakan mak. bawa mak pegi umrah/haji. insyaAllah.