Haritu pegi Hadyai.. actually kali ke 3 dah. apa yg best kat cni, makanannya sedap.. lain dr malaysia.. tp make sure kne beli kt muslim je taw.. sbb bkn semua org thai tu Islam. selalunya kalau halal dia ada signboard.. or penjual tu pakai tudung tu insyaAllah diyakini halal.
Hadyai bandar yg agak besar dan sibuk di selatan Thai. kebanyakan rakyat Malaysia ke sana sbb nk shopping. especially kt Kim Yong Market
Macam2 ada jual kt cni, jeans, baju, handbag, barang makanan, etc.. murah? nthla sbb sy bukan kaki shopping.. hehe.. untung suami saya.
kami tido kt Golden Crown Hotel, hadyai.
ok la hotel dia bersih dan selesa.. ada bathtub buat lepas gian ank2 mandi. sakan depa main air dlm bathtub tu sampai kecut2 jari.. harga semalam 950 bath.. around RM100 duit malaysia. yang bestnya hotel ni sebelah je ada restoran muslim, halal. suami belikan mkn malam 2 nasi goreng + air 2 dalam 160 bath je. sedap plak tu, seafood dia fresh2 n besar2 sotong n udang dia. xda gmbr sbb terus ngap. haha.
Kami bergerak masuk melalui Bukit Kayu Hitam pagi pkl 11 macam tu. sbb bw ank2 so kena pergi sorang2 sbb husband jg ank2 kt dlm kereta. bila dh pergi check in masuk sempadan dannok tu, alahai.. sbb lama xpergi, dorg ada buat sistem baru lani kena isi form mcm kad kita isi dlm flight b4 landing tu. mna la nk taw, sblm ni xda benda tu. siap kna isi utk pergi n balik kna bg blk.. korang kalau ckp english pun dorg balas bhs siam, haha. kalau korang malas nk serabut ada perkhidmatan org isikan form tu tp kna byr RM1 . hee.. pandai x dorang cr makan.
kastam Thailand ni onar sikit, korang sua passport / border pass tu jgn hulur kosong.. kna spare RM1 dlm tu.. buat rasuah. haha. kalau xbagi dia minta.ikut korang la nk bg brp. yg ptg ada duit dlm tu. so makesure ada duit sblm masuk tu k.
perjalanan dr Dannok ke Hat yai dlm 40 minit. kami gamble beli simkad siam pastu guna internet sana utk buka gps maps. haha. habislah dlm RM30 utk beli sim n topup. tapi bila nk masuk setting internet sana dia ada setting khas, kna cll customer servis utk htr manually via sms., bagus betul. haha.
petang tu kami pergi floating market or bahasa siamnya Klong Hae Market.
kat sini rasanya kebanyakannya yg jual makanan ni org Pattani muslim sbb pakai tudung dan pandai ckp dialek Kelantan. cubalah pergi makan kt sana.. ada bihun tomyam,bihun,mee, ketiaw sup, seafood bakar, jagung, aiskrim santan.. air dijual dlm bekas tembikar yg unik berbagai bentuk.
selalu anak2 yg berebut nak bekas bentuk kura2 la, ultraman la. org thai ni kreatif. air ni 20 bath.. or boleh dianggap RM2.
Kat Hat Yai ni, kena singgah kat Municparl Park. kt situ macam I City kalau waktu malam ada hiasan lampu2 .. cantik. dlu2 pergi dgn mak mertua,ada tasik boleh bg mkn ikan n foot massage. ada bas yg boleh bw jalan merata tp time kami p tu dkt malam dh so bas tu dh x gerak.
Melayan anak2 yang nak bergambar
Dalam park ni pun ada Ice Dome,.macam tempat berais/ salji .. nak masuk dlm 390bath sorang dewasa, budak murah lagi..then dlm ni boleh naik bukit belakang park tu ada tempat nak naik kabel car.. tp biasa yg pegi naik atas tu sbb ada patung budha yg besar2..so kali ni bergambar jela sbb dlu waktu p 2nd time dh masuk so xmau masuk kali ni sbb dah rasa.sbb esoknya tu kita ke Songkhla Zoo. Weeee....